comscore
Tumpuan :
Sukan

Euro 2024: Pengakhiran saingan Kumpulan E paling unik

Romania mula jadi tumpuan menjelang fasa kalah mati Euro 2024 Ahad ini. – FOTO: Reuters

STUTTGART: Berakhir fasa kumpulan Euro 2024 di Jerman awal pagi tadi, saingan Kumpulan E dillihat paling unik dan mendebarkan.

Paling menarik kempat-empat pasukan Romania, Belgium, Slovakia dan Ukraine terikat tiga mata dan aksi terakhir semalam menjadi penentu pasukan yang akan meneruskan cabaran ke peringkat 16 pasukan terakhir.

Kesudahannya kesemua pasukan terikat pula empat mata selepas dua perlawanan semalam berkeputusan seri, Romania-Slovakia (1-1) manakala Belgium-Ukraine (0-0).

Bagaimanapun perbezaan jaringan membolehkan Romania bergelar juara kumpulan diikuti Belgium dan Slovakia turut layak ke fasa kalah mati selaku pasukan ketiga terbaik, malang buat Ukraine tersingkir.

Selain Slovakia, tiga lagi pasukan yang mara ke kelompok 16 pasukan terakhir selaku ketiga terbaik kumpulan ialah Slovenia (Kumpulan C), Belanda (Kumpulan D) dan Slovakia (Kumpulan E) dan Georgia (Kumpulan F).

Belgium yang pada mulanya dianggap pilihan Kumpulan E terpaksa menerima hakikat detik sukar yang terpaksa ditempuh berdepan Romania, Slovakia dan Ukraine.

Pengendali Belgium, Domenico Tedesco akui beliau lega dengan keputusan itu dan kini pasukannya akan bersaing di peringkat kalah mati menentang Perancis.

“Sudah tentu kami agak terkejut. Hari ini amat sukar, kami tahu mereka (Ukraine)  akan sanggup bermain untuk 1-1 atau 0-0, mesejnya amat jelas, kami mahu bermain dan menang.

“Bagi kami ia sangat jelas, jika dibolosi satu gol, kami akan tersingkir, pemain-pemain sudah cuba segalanya.

“Jika dicemuh peminat, kami perlu menerimanya, mereka boleh rasa kecewa, pemain-pemain tidak memahaminya, mereka sudah layak. Ini yang paling penting buat kami.

“Bagi kami ia sangat jelas, jika dibolosi satu gol, kami akan tersingkir,” kata Tedesco

Pada saingan 16 terakhir, Romania selaku juara Kumpulan E akan menentang Belanda manakala Slovakia bertemu England.

Berikut jadual penuh aksi kalah mati yang bermula Ahad ini:

Switzerland lwn Itali
Jerman lwn Denmark
England lwn Slovakia
Sepanyol lwn Georgia
Perancis lwn Belgium
Portugal lwn Slovenia
Romania lwn Belanda
Austria lwn Turki

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini