Tumpuan :
Sukan

ESPORTS: Selangor Red Giants cipta sejarah, mara ke grand final MSC

FOTO: Esports World Cup

RIYADH: Selangor Red Giants (SRG) cipta sejarah tersendiri apabila melangkah ke pentas Grand Final Piala Pertengahan Musim MLBB, MSC 2024.

Perlawanan peringkat separuh akhir menentang wakil Singapura, NIP Flash, SRG cemerlang merakam kemenangan ‘straight games’, menerusi keputusan 3-0.

Ketika pihak lawan, KurtTzy atau Jankurt Russel Matira berjaya mendapatkan hero kegemarannya, ‘Martis’ di bahagian ‘mid lane’, SRG tampil dengan strategi berbeza apabila membawa masuk hero ‘Phoveus’ yang digunakan Stormie atau Hazziq Danish Mod Rizwan.

Sekys. – FOTO: Esports World Cup

Dan nyata kelebihan terus memihak SRG disamping penggunaan hero ‘Ling’ oleh Sekys atau Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman menyaksikan perlawanan pertama berakhir dengan kemenangan memihak SRG.

‘Game’ kedua, pengambilan hero ‘Benedetta’ oleh Diablo atau Yeo Wee Lun dari pasukan Flash pada awalnya memberi tekanan kepada SRG.

Namun, sebaik Innocent atau John Vincent Banal mendapatkan ‘power spike’ yang diperlukan hero ‘Claude’, penguasaan kembali memihak SRG dengan 8 ‘kills’ yang diraih Innocent membantu pasukannya mencatat kemenangan kedua.

Dengan hero ‘Ling’ dikunci Flash pada perlawanan ketiga, ia tidak menyekat Sekys untuk terus tampil dengan permainan mantap selaku ‘jungler’ SRG.

Selangor Red Giants. – FOTO: Esports World Cup

Menggunakan hero ‘Fanny’, Sekys yang pada awalnya sering ditangkap pemain-pemain Flash mula mempamerkan ketangkasannya, kali ini berjaya mencatat 9 ‘kills’.

Lebih penting, SRG turut mengunci kemenangan ketiga, menamatkan pertarungan dalam tempoh 14 minit, sekaligus mencipta sejarah, pasukan Malaysia pertama mara ke Grand Final MSC.

Ɓermakna, SRG bakal membuat perhitungan dengan wakil Filipina, Falcons AP Bren bagi penentuan kejuaraan esok, bermain format ‘best of sevens’ dengan pemenang akan membawa hadiah utama berjumlah USD1,000,000.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini