comscore
Tumpuan :
Nasional

ESPORTS – JDT/GBX Esports sedia rebut kejuaraan di Piala Dunia Kelab FIFAe di Riyadh

Oleh: Al Shaiful Nazib Talib

KUALA LUMPUR: Cabaran wakil Malaysia, JDT/GBX Esports di Piala Dunia Kelab FIFAe akan bermula esok dengan lawan-lawan hebat menanti dalam saingan kumpulan B.

Selain JDT/GBX, turut diundi dalam kumpulan sama adalah dua pasukan dari itali iaitu Exceed dan juga Napoli Esports selain satu lagi wakil Eropah, Team Gullit.NIP bersama wakil Mexico, KrowMx eSports dan Essential Gaming NA dari Amerika Utara.

JDT/GBT menjadi wakil kedua zon Asia selepas bergelar mara ke perlawanan akhir pada aksi ‘playoff’ yang berlangsung Mei lalu.

Pada perlawanan itu, JDT/GBX terpaksa akur dengan kekalahan 3-4 kepada satu lagi wakil Asia, iaitu Team Flash yang mewakili Singapura.

 

“Tahun ini JDT/GBX berjaya melayakkan diri lagi ke kejohanan Piala Dunia Kelab FIFAe  yang berlangsung di Riyadh, tahun lepas JDT/GBX berjaya melayakkan diri ke kejohanan sama yang berlangsung di Copenhagen, dan apa yang menarik tahun ini, JDT/GBX menjadi satu-satunya pasukan daripada Malaysia melayakkan diri ke kejohanan ini, kejohanan di Riyadh ini menawarkan hadiah berjumlah USD1 juta berbanding tahun lepas hanya USD300,000,” kata pengasas pasukan, Fazli Razak.

Cabaran pasukan JDT/GBX kali ini akan dipikul 3 pemain iaitul Ahmad Akmal Abdul Rafil (AkmalJHD), Muzaffar Zuhair Mustaffa (Chamack) dan Faiq Iskandar Saiful Bahri (Halowake).

Ini merupakan penampilan kali kedua buat Ahmad Akmal yang sebelum ini bergandingan dengan Luqman Haziq Hajiman (LuqmanHZQ) yang sebelum ini menamatkan kempen di kedudukan 9/16 pada kejohanan yang berlangsung di Copenhagen, Denmark tahun lalu.

Kejohanan kali ini masih menggunakan format yang sama iaitu dua lawan dua (2V2) untuk setiap perlawanan dengan setiap pasukan akan bermain secara ’round-robin’ dua pusingan dengan setiap hari perlawanan akan membabitkan 5 pertemuan untuk setiap pasukan.

JDT/GBX yang akan beraksi dalam kumpulan B akan memulakan kempen menentang pasukan Exceed sebelum bertemu Napoli, diikuti KrowMx dan Essential Gaming sebelum menutup saingan hari pertama menentang Team Gullit.

Memang cukup mengujakan apabila saingan kali ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD1 juta dengan juara akan membawa pulang sebanyak USD300,000.

Loading...
Terkini