Tumpuan :
Sukan

EPL: West Ham kejutkan Newcastle 2-0

Pemain West Ham United, Aaron Wan-Bissaka (kiri) menjaringkan gol ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle United di St James’ Park, Newcastle. – Foto REUTERS

NEWCASTLE: West Ham United meredakan tekanan ke atas pengendalinya, Julen Lopetegui selepas mengejutkan Newcastle United 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Tomas Soucek meletakkan West Ham di depan pada minit ke-10 menerusi tandukan dan Aaron Wan-Bissaka menambah jaringan pada minit ke-53 – gol pertamanya untuk kelab berkenaan.

West Ham kekal di tangga ke-14 dengan 15 mata manakala Newcastle di tangga ke-10 dengan 18 mata.

Falsafah permainan bekas pengendali Sepanyol dan Real Madrid, Lopetegui gagal menambat hati peminat West Ham dan dua persembahan hambar sebelum rehat perlawanan antarabangsa meletakkan pasukannya hanya tiga mata di atas zon penyingkiran.

Newcastle, yang memenangi tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini, berpeluang menjaringkan gol menerusi Sean Longstaff, namun tandukannya tepat ke arah penjaga gol, Lukasz Fabianski.

Lewis Hall dan Anthony Gordon juga mensia-siakan peluang buat tuan rumah untuk kembali dalam permainan. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini