Tumpuan :
Sukan

EPL: Jaringan Alexander-Arnold hadiahkan 1 mata buat Liverpool

Pemain Liverpool, Trent Alexander-Arnold meraikan jaringannya ketika berdepan Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris. – Foto: Reuters

BIRMINGHAM: Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool memerlukan jaringan penyamaan daripada Trent Alexander-Arnold pada babak kedua untuk meraih keputusan seri 2-2 di Aston Villa dan membolehkan mereka mendahului lapan mata di puncak.

Liverpool bermula garang dan mendahului menerusi gol pembukaan Mohamed Salah pada minit ke-28, namun Villa bangkit mengubah permainan sebelum rehat dengan jaringan Youri Tielemans dan Ollie Watkins.

Percubaan Diogo Jota sekadar menggegar palang selepas rehat, sebelum rembatan lencong Alexander-Arnold berjaya menyamakan kedudukan buat Liverpool.

Pemain gantian, Darwin Nunez terlepas peluang keemasan untuk kembali meletakkan Liverpool di depan dan Villa juga hampir mendapatkan jaringan menerusi rembatan Donyell Malen pada masa kecederaan.

Walaupun bukan keputusan yang merosakkan skuad Arne Slot untuk kekal mengawal perebutan kejuaraan, ia akan memberi semangat kepada Arsenal kerana mereka kini mempunyai satu perlawanan dalam tangan. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini