Tumpuan :
Sukan

EPL: Forest benam Man City menerusi gol Hudson-Odoi

Hudson-Odoi meraikan jaringannya. FOTO: Reuters

NOTTINGHAM: Callum Hudson-Odoi menjadi wira Nottingham Forest selepas menjaringkan gol lewat permainan untuk memberikan kemenangan 1-0 ke atas Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi.

Kemenangan itu sekali gus mengekalkan Forest di landasan tepat untuk menamatkan musim di kedudukan empat teratas dan layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Pemain sayap itu menerima hantaran lintang cantik daripada Morgan Gibbs-White sebelum merembat dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol City, Ederson pada minit ke-83.

Pasukan kendalian Pep Guardiola hampir menjaringkan gol apabila percubaan jarak jauh Nico Gonzalez hampir menghasilkan gol, manakala Ederson sempat menepis sepakan lencong Hudson-Odoi.

Keputusan itu menyaksikan Forest, yang muncul sebagai pasukan penuh kejutan musim ini, kekal di tangga ketiga dengan 51 mata, manakala City di tempat keempat dengan 47 mata.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini