MANCHESTER, England: Amad Diallo menyempurnakan hatrik sensasi dalam tempoh 12 minit untuk menyelamatkan air muka Manchester United apabila mereka bangkit menundukkan kelab tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL), Southampton 3-1 pagi tadi.
United mengintai peluang untuk kembali mencatat kemenangan berdepan pasukan tangga tercorot Southampton, tetapi tuan rumah beraksi di bawah tahap sebenar dan ketinggalan menerusi gol sendiri Manuel Ugarte dua minit sebelum rehat.
Berdepan kemungkinan satu lagi kekalahan di laman sendiri, United meningkatkan asakan selepas rehat, menyamakan kedudukan menerusi Diallo lapan minit sebelum tamat dan pemain Ivory Coast itu melengkapkan kebangkitan dengan gol pada minit ke-90.
Gol ketiga pada minit keempat masa kecederaan melengkapkan hatrik buatnya sekali gus membolehkan United melonjak ke tangga ke-12 carta liga.
Southampton kekal di tangga tercorot dengan enam mata. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.