comscore
Tumpuan :
Sukan

EPL: Cooper pengurus kedua dipecat selepas Erik ten Hag

Leicester City memecat pengendalinya, Steve Cooper susulan prestasi buruk pasukan di Liga Perdana Inggeris. – FOTO: Reuters

LEICESTER: Leicester City memecat pengendalinya, Steve Cooper susulan prestasi buruk pasukan di Liga Perdana Inggeris (EPL), yang kini hanya dua mata di atas zon penyingkiran.

Selepas tewas 2-1 di laman sendiri kepada Chelsea, yang dibimbing bekas pengendali mereka, Enzo Maresca, Leicester menghuni tangga ke-16 dengan 10 mata selepas 12 perlawanan.

“Leicester City tidak lagi bersama Steve Cooper, yang meninggalkan posisinya sebagai pengurus skuad utama.

“Penolong pengurus, Alan Tate dan jurulatih serta penganalisis pasukan utama, Steve Rands juga meninggalkan kelab.

“Terima kasih di atas sumbangan mereka kepada kelab dan selamat maju jaya buat mereka,” kata kelab itu.

Menurut Leicester, Ben Dawson, Danny Alcock dan Andy Hughes akan mengambil alih pasukan sehingga mereka melantik pengendali baharu.

Cooper, yang dipecat Nottingham Forest musim lalu, dilantik oleh Leicester pada Jun bagi menggantikan Maresca yang membawa mereka kembali ke EPL selepas menjuarai Liga Kejuaraan.

Leicester memulakan musim dengan seri 1-1 menentang Tottenham Hotspur, tetapi gagal memenangi enam perlawanan pertama liga.

Kemenangan berturut-turut ke atas Bournemouth dan Southampton bulan lalu meredakan tekanan ke atas Cooper tetapi tiga kekalahan dalam empat aksi terakhir menjurus kepada pemecatannya.

Cooper, 44, adalah pengendali EPL kedua dipecat musim ini selepas Erik ten Hag dari Manchester United. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini