Tumpuan :
Sukan

EPL: Chelsea akhiri rentetan 6 perlawanan tanpa kemenangan

Pemain pertahanan Chelsea, Marc Cucurella dalam satu aksi bersama Emmanuel Agbadou dari Wolverhampton Wanderers. -Foto: Reuters

LONDON: Chelsea meraih kemenangan penting 3-1 ke atas Wolverhampton Wanderers awal pagi tadi, sekaligus mengakhiri rentetan enam perlawanan tanpa kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Gol-gol pasukan kendalian Enzo Maresca itu dijaringkan oleh pemain pertahanan Tosin Adarabioyo dan Marc Cucurella, serta satu gol daripada pemain sayap Noni Madueke.

Kemenangan ini melonjakkan Chelsea ke tempat keempat dalam carta liga, mengatasi Manchester City dan Newcastle United, walaupun mereka baru sahaja berada di tempat kedua sebulan yang lalu.

Sebaliknya, Wolves, walaupun tewas, kekal berada di luar zon penyingkiran dengan kelebihan perbezaan gol, hanya di atas Ipswich Town.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini