comscore
Tumpuan :
Sukan

Empat wakil negara berentap pada separuh akhir Badminton Terbuka Australia

Lee Zii Jia berpeluang cerah ke final apabila menentang pemain tidak ternama dari Taiwan Chia Hao Lee pada separuh akhir Terbuka Australia hari ini. FOTO: BAM

PETALING JAYA: Aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Australia yang berlangsung di Sydney hari ini menyaksikan penampilan empat wakil negara.

Memulakan saingan beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.

Mereka yang mengenepikan beregu senegara Choong Hon Jian-Go Pei Kee 21-15 23-21 pada suku akhir semalam bakal berdepan halangan sukar apabila bertemu pilihan pertama dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.

Menyusul kemudian aksi beregu lelaki Choong Hon Jian-Haikal Nazri.

Yang diletakkan pilihan ke-3, Hon Jian-Haikal juga bakal meniti laluan sukar, menentang pilihan pertama juga dari China, He Ji Ting -Ren Xiang Yu.

Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia pula bertemu pemain Taiwan yang berada di ranking ke-37 dunia Chia Hao Lee.

Berdasarkan aksi bertenaga Zii Jia pemain nombor ke-8  dunia itu ketika bangkit mengalahkan pemain Jepun Kenta Nishimoto 16-21 21-12 21-12 pada suku akhir semalam, seharusnya tiada masalah buatnya  mara ke final.

Wakil keempat negara pada separuh akhir petang ini, beregu wanita. menyaksikan Pei Jing bergandingan pula bersama Lim Chiew Sien.

Merekadijadual menentang pilihan ketiga dari Hong Kong Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam.

Perlawanan separuh akhir Siri Jelajah BWF Super 500 itu dijadual berlangsung jam10 pagi ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini