PETALING JAYA: Badminton Terbuka Arctic di Finland menampilkan kecemerlangan skuad kebangsaan apabila empat wakil negara mara ke perlawanan separuh akhir esok.
Beregu lelaki gandingan Man Wei Chong dan Tee Kai Wun menceriakan kem negara apabila mengejutkan pasangan ke-15 dunia dari Indonesia Pramudya Kusumawardana-Yeremia Rambitan.
Wei Chong dan Kai Wun yang tampil selaku beregu yang menduduki ranking ke-30 dunia menang 22-20 21-18.
Menanti mereka esok pemenang di antara satu lagi beregu negara Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi yang ketika ini berdepan pasangan Denmark, Raamus Kjaer dan Frederik Sogaard.
Perlawanan kini memasukki set penentuan selepas gandingan Malaysia menang 21-16 pada set pertama sebelum beregu Denmark itu bangkit memenangi set kedua 21-19.
Turut sedang berlangsung di Vaanta Energia Arena, pertemuan suku akhir perseorangan lelaki, pertemuan sesama sendiri Lee Zii Jia menentang Leong Jun Hao.