comscore
Tumpuan :
Sukan

Empat beregu negara teruskan cabaran suku akhir

Hon Jian-Haizal Nazri juara Masters Orleans sekali lagi berdepan beregu Indonesia Sabar Karyawan- Moh Reza pada suku akhir Terbuka Switzerland malam ini. – FOTO: Ihsan BAM

PETALING JAYA: Empat beregu meneruskan cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland yang memasukki fasa suku akhir hari ini.

Memulakan aksi di gelanggang satu, yang dijadual berlangsung di arena St Jakobshalle jam sembilan malam ini, beregu lelaki Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang akan menentang pilihan ke-3 dari Indonesia, Leo Rolly Carnando – Daniel Marthinman.

Menyusul kemudian di gelanggang tiga, satu lagi gandingan beregu lelaki Choong Hon Jian – Mohd Haikal Nazri.

Mereka berdepan beregu Indonesia Sabar Karyawan Gutama – Moh Reza Pahlevi Isfahani yang ditewaskan pada aksi final Orleans Masters Super 300 minggu lalu.

Dua beregu campuran turut menggalas cabaran negara malam ini.

Goh Soon Huat-Shevon Lai selaku pilihan ke-8 dijangka berdepan tugas sukar menentang pasangan Denmark, Mathias Christiansen – Alexandra Boje pilihan ke-3 kejohanan.

Manakala gandingan Chen Tang Jie – Toh Ee Wei yang tampil pilihan ke-3 menentang beregu Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini