comscore
Tumpuan :
Sukan

Empat beregu negara ke suku akhir Terbuka Jepun

Beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menepati ramalan mudah ke suku akhir selepas menundukkan pasangan Denmark  Mads Vestergaard-Christine Busch. – FOTO: Ihsan BAM

PETALING JAYA: Empat beregu negara meneruskan cabaran pada Kejohanan Badminton Jepun di Yokohama yang memasukki fasa suku akhir esok.

Dalam kategori beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang diletakkan selaku pilihan ke-7 menepati ramalan mudah ke kelompok lapan terakhir apabila menundukkan gandingan Denmark, Mads Vestergaard-Christine Busch 21-13, 21-13.

Terdahulu beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah turut melayakkan diri ke suku akhir selepas menundukkan Julie Finne Ipsen-Mai Surrow juga dari Denmark 21-11, 22-20

Bagaimanapun Pearly-Thinaah berdepan halangan sukar apabila yang menanti mereka esok pilihan kedua dari China Liu Sheng Shu-Tan Ning.

Beregu lelaki pula menyaksikan dua wakil negara lolos ke suku akhir.

Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani mara selepas mengalahkan pasangan Taiwan Liu Kuang Heng-Yang Po Han 21-14, 24-22.

Mereka berpeluang menebus kekalahan satu lagi beregu negara Choong Hon Jian-Haikal Nazri apabila bertemu pasangan Indonesia Fajar Alfian-Rian Ardianto.

Pada pusingan kedua Fajar-Rian yang diletakkan pilihan ke-4 menewaskan Hon Jian-Haikal 16-21, 21-8, 21-15.

Manakala dua lagi beregu lelaki negara akan berentap sesama sendiri lewat petang nanti.

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi akan menentang Man Wei Kong-Tee Kai Wun pada pusingan kedua.

Turut mengintai peluang ke suku akhir gandingan campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang dijadual menentang wakil Thailand, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat, juga lewat petang nanti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini