KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi sekali lagi berdepan detik mencemaskan sebelum berjaya mara ke suku akhir Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.
Dalam aksi pusingan kedua, pasangan ranking ke-24 dunia itu memerlukan tiga set untuk menundukkan beregu Korea Selatan yang baru digandingkan, Jin Yong-Kang Min Hyuk.
Menang set pertama 23-21, Yew Sin-Ee Yi bagaimanapun tewas 16-21 di set kedua, sekali gus memaksa perlawanan berlanjutan ke set penentuan.
Namun dengan sokongan padu ribuan penyokong di halaman sendiri, Yew Sin-Ee Yi berjaya memanfaatkan kelebihan tersebut untuk mengakhiri perlawanan dengan kemenangan 21-18.
Sebelum ini, pasangan negara itu mencuri tumpuan pada pusingan pertama apabila menyingkirkan beregu nombor empat dunia dari Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto, dengan keputusan 15-21, 21-17, 21-13.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.