PUTRAJAYA: Perlumbaan Le Tour De Langkawi (LTDL) kembali menemui pengikut sukan basikal tanah air apabila dijadual 23 hingga 30 September nanti.
Pelancaran LTDL 2023 diadakan pada hari oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Putrajaya menyaksikan sebanyak lapan peringkat ditawarkan meliputi 11 negeri.
Sebanyak 20 pasukan termasuk Malaysia yang menjadi satu-satunya skuad kebangsaan mengambil bahagian.
Penganjur Majlis Sukan Negara (MSN) bersama sekretariat sedang berunding dengan tiga pasukan Dunia (UCI World Team), tujuh pasukan Pro (UCI Pro Team) dan 11 pasukan benua ((UCI Continental).
Jarak keseluruhan perlumbaan ialah 1,280 kilometer bermula dari Kerteh menuju utara dan melalui Muar sebelum berakhir di Kuala Lumpur.