
MANCHESTER: Pemain tengah Argentina, Claudio Echeverri tiba di Manchester City dan sedia diturunkan untuk sepanjang baki musim ini.
Echeverri menandatangani kontrak dari River Plate pada Januari tahun lalu namun kekal dipinjamkan di kelab Argentina itu sehingga bulan lalu dan tiba di City selepas mengetuai cabaran negaranya dalam Kejohanan Amerika Bawah 20 tahun.
Pemain berusia 19 tahun itu menjaringkan enam gol dalam sembilan perlawanan untuk membantu Argentina mara ke final sebelum tewas di tangan Paraguay, awal bulan ini.
Echeverri, yang mengikat kontrak sehingga Jun 2028, sudah membuat 48 penampilan bersama River Plate dengan empat gol.
“Saya tidak tahu bagaimana untuk memberitahu anda betapa terujanya saya berada di Manchester dan boleh menggelarkan diri sebagai pemain Manchester City,” kata Echeverri dalam satu kenyataan dikeluarkan kelab.
Manchester City yang berada di kedudukan keempat liga dijadual menyertai perlawanan pusingan kelima Piala FA menentang Plymouth Argyle hujung minggu ini. – REUTERS