comscore
Tumpuan :
Sukan

E-Sukan: TODAK bangkit catat kemenangan pertama

TODAK

Oleh: Al Shaiful

PETALING JAYA: Selepas kekalahan 1-2 yang dialami pada aksi pembukaan Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPL Malaysia) minggu lalu, juara tiga kali, TODAK kembali dengan kemenangan selepas mengatasi pasukan RSG Malaysia 2-1.

Kemenangan TODAK bagaimanapun tidak hadir dengan mudah selepas tewas aksi pertama ketika membariskan pemain sama seperti minggu lalu.

Sebaliknya, RSG yang membariskan Xviour Johnny (Xavvsz), Muhammad Arif Abdul Halim (Rippo), Alang Indra Roshidi (Rannqt), Muhammad Azam Izzuddin Mohd Amin (Maima) dan Dale Rolan Seña Vidor (Stowm) jelas bermain lebih kemas, menutup aksi dalam tempoh 16 minit.

Bersambung ‘game’ kedua, tiga pertukaran dilakukan TODAK membawa masuk Muhammad Danial Mohamad Fuad (Cikugais), Tan Yan Onn (Yanlord) dan Muhammad Zaed Hakimi (Zahyed) memberi petanda pertukaran dari segi strategi.

Cikugais

Zahyed jelas bermain cemerlang selaku ‘Jungler” pasukan TODAK menggunakan hero ‘Lancelot’ menerusi 8 ‘kills’ yang dilakukannya.

Namun, pertarungan berlangsung agak panjang sebelum gerakan yang dilakukan Cikugais dengan hero ‘Roger’ membuka ruang buat TODAK untuk menyamakan kedudukan, menamatkan aksi yang berlangsung selama 25 minit itu.

Masuk ke pusingan penentuan, pemain sama dikekalkan TODAK, kali ini, Zahyed menggunakan hero ‘X-Borg’ dan nyata aksinya sukar untuk di kekang.

Zahyed

Ditambah dengan bantuan Idreen Abdul Jamal (Momo) dan Zikry Shamsuddin (Moon), hanya 12 minit masa diambil untuk menutup perlawanan, mengesahkan kemenangan 2-1 milik TODAK.

Esok, TODAK akan turun beraksi lagi, cuma lawan yang menanti cukup menggerunkan, juara bertahan, Selangor Red Giants (SRG) yang pastinya turut mencari kemenangan ketiga untuk kempen musim ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini