comscore
Tumpuan :
Sukan

E-Sukan: Team Vamos kembali ke posisi kedua

Xorn

Oleh: Al Shaiful Nazib Talib

PETALING JAYA: Pasukan Team Vamos kembali merampas posisi kedua Liga Professional Mobile Legends Bang Bang, MPL Malaysia musim yang ke 14 selepas merakam kemenangan 2-0 ke atas pasukan HomeBois.

Vamos yang dibarisi rata-rata bekas pemain HomeBois diketuai Mohd Zul Hisham Mohd Noor (Xorn), Muhd Nazhan Mohd Nor (Chini), Aeliff Adam Md Ariff (Smooth), Kenneth Sablande Barro (Nets) dan Rizky Agustian (Warlord) jelas berada dalam kelas tersendiri ketika menghadapi cabaran yang cuba diberikan HomeBois.

Perlawanan pertama, Xorn yang menggunakan hero ‘Natalia’ beraksi dengan kemas disamping aksi tangkas Chibi dengan hero ‘Julian’ dan Nets yang menggunakan hero ‘Karrie’, menyukarkan HomeBois untuk bangkit melawan.

Team Vamos

Hanya kurang 14 minit masa diambil Vamos untuk merakam kemenangan pertama ke atas HomeBois.

Bersambung ‘game’ kedua, Xorn terus menjadi watak penting pasukan Vamos.

Kali ini dengan menggunakan hero ‘Chou’, bantuan yang diberikan kepada ‘damage dealer’ pasukan seperti Nets dan Chibi menyaksikan dominasi terus disajikan Vamos.

Mereka menutup pertarungan juga dalam tempoh 14 minit sekaligus melengkapkan kemenangan 2-0 ke atas HomeBois.

Kejayaan ini kembali melonjakkan kedudukan Team Vamos ke tangga kedua carta, bangkit dari kekalahan mengejut kepada Monster Vicious semalam.

Nets

Team Vamos kini mengumpul 14 mata di tangga kedua, namun kedudukan itu masih boleh dicabar empat pasukan lain yang turut mengintai peluang menamatkan ‘Regular Season’ di tangga kedua, seterusnya akan bersaing di bahagian ‘upper bracket’ di peringkat ‘playoff’ nanti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini