comscore
Tumpuan :
Sukan

E-Sukan: Team Vamos kekal rekod bersih kemenangan

Oleh: Al Shaiful

PETALING JAYA: Minggu kedua Liga Professional Mobile Legends Bang Bang, (MPL Malaysia) dibuka dengan cemerlang Team Vamos yang mengekalkan rekod bersih kemenangan selepas dua perlawanan.

Kali ini, pasukan JP NINERS menjadi mangsa selepas aksi cemerlang Team Vamos yang merakam kemenangan 2-0.

Dengan kedua-dua pasukan, Team Vamos dan NINERS tampil dengan kemenangan aksi pertama minggu lalu, semestinya aksi sengit dinanti peminat pada pertemuan kedua-dua pasukan hari ini.

NINERS dibarisi Ealtond Rayner (Loleal), Muhd Al-Amin Mohd Zamri (YE3), Muhd Amir Zakwan Mohd Noor (Zakqt), Rasya Arga Wisista (Rasy) dan Maxwell Alessandro (MAXXX) jelas bermula dengan cukup baik mengawal peta perlawanan.

Zakqt dengan hero ‘Vexana’ bermain cukup baik, memberi tekanan kepada Vamos.

Namun, kesilapan ketika berentap untuk mendapatkan ‘lord’ membuka ruang untuk Vamos bangkit dan memusnahkan kristal untuk mendapatkan mata pertama, menamatkan pertarungan yang hampir memasuki 18 minit.

Bersambung ‘game’ kedua, dominasi ditampilkan Vamos yang dibarisi Mohd Zulhisyam Mohd Nor (Xorn), Muhd Nazhan Mohd Nor (Chibi), Rizky Agustian (Warlord), Aeliff Adam Md Ariff (Smooth) dan Kenneth Sablande Barro (Nets) jelas sukar untuk di kekang.

Smooth dan Nets yang menggunakan hero ‘Cici’ dan ‘Ruby” tampil dengan permainan mantap, menyaksikan Vamos menutup aksi dengan 20 ‘kills’ yang dicatat, menamatkan permainan dalam tempoh 15 minit.

Kemenangan 2-0 yang dicatat Vamos menyaksikan mereka menjadi pasukan tunggal kekal dengan rekod bersih kemenangan selepas dua perlawanan.

Dan perlawanan ketiga esok, satu lagi lawan sukar menanti Team Vamos apabila dijadualkan bertemu dengan Team HAQ.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini