Oleh: Al Shaiful Nazib Talib
KUALA LUMPUR: Team Vamos tepati ramalan mara ke perlawanan akhir ‘upper bracket’ selepas mengatasi Red Esports pada aksi separuh akhir ‘upper bracket’ bagi ‘playoff’ Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPL Malaysia).
Vamos menang dengan keputusan 3-1 mengatasi Red Esports pada aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan EduCity di Iskandar Puteri, Johor jam 8 malam tadi.
Kenneth Sablande Barro (Nets) dan Rizky Agustian (Warlord) mempamer permainan kemas pada ‘game’ pertama, membantu Vamos menutup aksi dalam tempoh 12 minit.
Perlawanan kedua bagaimanapun, kebangkitan berjaya dilakukan pasukan Red Esports, Stephen Jasper Castillo (Sensui) cemerlang menggunakan hero ‘Suyou’, menyaksikan Red Esports menang selepas beraksi selama 12 minit.
Memasuki ‘game’ ketiga, dominasi mula disajikan Vamos terutamanya menerusi Muhd Nazhan Mohd Nor (Chibi) yang menggunakan hero ‘Martis’.
12 ‘kills’ yang diperolehi Chibi membilehkan Vamos mengutip mata kedua, menamatkan pertarungan yang berlangsung selama 15 minit itu.
‘Game’ keempat, Red Esports cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan, namun, aksi kemas yang disajikan barisan pemain Vamos terus menyukarkan usaha mereka.
Dan walaupun pertarungan berlanjutan sehingga 22 minit, Vamos cemerlang menutup aksi untuk merakam kemenanagan 3-1, sekaligus mara ke perlawanan akhir ‘upper bracket’.
Aksi final esok, Team Vamos dijadualkan bertemunpasukan Todak dengan pemenang akan mara ke pentas Grand Final selain turut mengunci tiket ke Kejohanan Dunia M6 hujung bulan ini.
Red Esports pula akan beraksi di peringkat separuh akhir ‘lower bracket’ dijadualkan bertemu dengan pasukan Selangor Red Giants (SRG).
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.