Tumpuan :
Sukan

E-Sukan: SRG tewas lagi, Kelra cetak ‘savage’

Oleh: Al Shaiful Nazib Talib

KUALA LUMPUR: Usaha Selangor Red Giants (SRG) untuk kembali mencatat kemenangan pada saingan Mobile Legends Bang Bang Snapdragon Pro Series Challenge Final tidak menjadi kenyataan selepas terpaksa akur, tunduk dengan kekalahan 0-2 kepada juara dunia, Onic Filipina pada perlawanan keempat kumpulan A.

SRG yang dibarisi Muhd Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums), Muhd Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Haziq Danish Mohd Rizwan (Stormie) dan dua pemain import, Mark Genzon Sojero Rusiana (Kramm) dan John Vincent Banal (Innocent) dipaksa bekerja keras menahan asakan bertali arus Onic.

Dan minit ke 10, Grant Duane Pillas (Kelra) tampil mencipta ‘savage’ menggunakan hero ‘Granger’, mrnyukarkan usaha SRG untuk bangkit.

Onic mengakhiri perlawanan dalam tempoh 12 minitvuntuk mendahului dengan kedudukan 1-0.

‘Game’ kedua, percaturan lebih kemas direncana jurulatih SRG, Michael Angelo Bocado (Arcadia) untuk mengatasi Onic.

Dan segalanya bermula dengan baik apabila Sekys yang menggunakan hero ‘Fanny’ berjaya mengawal permainan.

Namun, memasuki minit ke 13, gerakan mengejutkan dilakukan Kelra yang menggunakan hero ‘Moskov’, berjaya mendapatkan ‘wipeout’ buat Onic.

Tekanan terus diberikan kepada SRG sebelum Onic cemerlang mengakhiri pertarungan yang berlangsung selama 15 minit itu.

Kekalahan 0-2 yang dialami SRG menyaksikan laluan semakin sukar buat wakil tunggal negara itu, namun, peluang masih ada untuk SRG mara ke peringkat ‘playoff’, perlu menang perlawanan terakhir kumpulan menentang satu lagi pasukan dari Indonesia, Bigetron Esports esok.

Hanya tiga pasukan teratas akan melayakkan diri ke saingan ‘playoff’ dengan SRG kini menghuni kedudukan ketiga kumpulan A hasil dua kemenangan dan tewas dua kali.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini