Tumpuan :
Sukan

E-Sukan: SRG teruskan cabaran Malaysia, mara ke suku akhir ‘Lower Bracket’

Oleh: Al Shaiful Nazib Talib

PUTRAJAYA: Selangor Reds Giants (SRG) meneruskan cabaran Malaysia di peringkat suku akhir ‘Lower Bracket’ selepas berjaya menundukkan wakil Singapura, NIP Flash dengan kemenangan bersih 3-0.

Membariskan Muhd Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums), Muhd Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Haziq Danish Mohd Rizwan (Stormie) dan dua pemain import, Mark Genzon Sojero Rusiana (Kramm) dan John Vincent Banal (Innocent), SRG jelas bermain cukup kemas pada ‘game’ pertama.

Sekys dengan hero ‘Joy’ bersama Innocent dengan hero ‘Bruno’ jelas mendominasi perlawanan, menyaksikan SRG menutup perlawanan pertama dalam tempoh 14 minit.

Memasuki perlawanan kedua, cabaran terus cuba diberikan NIP Flash terutamanya menerusi Jaymark Aaron Thomas Lazaro (Hadess) yang menggunakan hero ‘Suyou’.

Namun, Innocent kali ini demgan hero ‘Granger’ jelas mendominasi permainan, turut merakam 9 ‘kills’, membantu SRG meraih kemenangan kedua selepas beraksi selama 17 minit.

‘Game’ ketiga, aksi lebih sengit disajikan kedua-dua pasukan dengan pemain NIP Flash, Yeo Wee Lun (Diablo) dengan hero ‘Benedetta’ cuba untuk menekan SRG.

Namun, gandingan Innocent dengan hero ‘Bruno’ bersama ‘Sekys’ yang menggunaka hero ‘Joy’ menyaksikan penguasaan terus kekal memihak SRG.

Ditutup pada minit ke 20, bermakna SRG sah meneruskan cabaran Malaysia ke peringkat suku akhir ‘lower bracket’ menerusi kemenangan 3-0.

Lawan cukup sukar menanti di peringkat seterusnya esok apabila SRG dijadualkan menentang jaguh Indonesia, RRQ Hoshi bagi perebutan slot ke peringkat separuh akhir ‘lower bracket’.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini