Oleh: Al Shaiful Nazib Talib
KUALA LUMPUR: Harapan pasukan Selangor Red Giants (SRG) untuk merakam kemenangan ketiga berturut-turut tidak kesampaian selepas te4paksa akur, tewas kepada wakil Indonesia, Team Liquid 0-2 dalam aksi kumpulan A saingan Mobile Legends Bang Bang Snapdragon Pro Series Challenge Final.
Selepas dua kemenangan mudah yang diraih semalam, cabaran getir terpaksa ditempuhi barisan kendalian Michael Angelo Bocado (Arcadia)dengan Team Liquid tampil beraksi cukup kemas.
Sultan Muhammad (AeronnShikii) yang menggunakan hero ‘Irithel’ bermain cukup baik menyaksikan Team Liquid gah menamatkan ‘game’ pertama dalam tempoh 14 minit.
SRG yang dibarisi Muhd Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums), Muhd Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Haziq Danish Mohd Rizwan (Stormie) dan dua pemain import, Mark Genzon Sojero Rusiana (Kramm) dan John Vincent Banal (Innocent) cuba untuk membuat kebangkitan pada perlawanan kedua.
Namun segalanya serbat idak menjadi buat SRG, sebaliknya, Team Liquid terutamanya menerusi Yehezkiel Wiseman (Yehezkeil) yang menggunakan hero ‘Zhuxin’ tampil dengan aksi kemas membantu pasukannya merakam kemenangan kedua, mengakhiri perlawanan yang berlangsung selama 13 minit itu.
Kekalahan bermakna rekod kemenangan SRG akhirnya terlerai, cabaran Selangor belum berakhir apabila dijadualkan bertemu dengan juara dunia, Onic Filipina malam ini untuk perlawanan keempat kumpulan A.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.