comscore
Tumpuan :
Sukan

E-Sukan: SRG ketuai cabaran 6 pasukan ke saingan ‘Playoff”

Oleh: Al Shaiful Nazib Talib

PETALING JAYA: Selangor Red Giants (SRG) mengesahkan status selaku pasukan nombor satu dalam saingan Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPL Malaysia) musim ke 14 selepas menutup aksi terakhir dengan kemenangan 2-0 ke atas team HAQ.

Menerusi senarai kedudukan akhir pasukan, SRG mengumpul 24 mata hasil 8 kemenangan dan hanya tewas sekali kepada pasukan Monster Vicious (MV).

Dominasi SRG bagaimanapun kekal cukup besar dengan pasukan tangga kedua, Team Vamos hanya mengumpul 18 mata diikuti JP Niners dan Todak masing-masing di tangga ketiga dan keempat dengan jumlah 15 mata.

MV dan Red Esports juga turut menarik nafas lega apabila menamatkan kempen ‘Regular Season’ di tempat kelima dan keenam, sekaligus melengkapkan senarai 6 pasukan yang akan beraksi di peringkat ‘Playoff’ nanti.

Dua pasukan lagi, HomeBois dan juga Team Rey terselamat dari zon penyingkiran, kekal untuk bersaing di MPL Malaysia musim ke 15 nanti.

Team HAQ, selepas kekalahan kepada SRG menamatkan kempen di tempat ke 9, perlu bermain perlawanan ‘Challenger’ menentang pasukan naib juara Liga Akademi MLBB, MAL Malaysia musim kedua, pasukan Young and Dangerous.

Sementara pasukan tangga ke 10, RSG Malaysia pula turun ke saingan MAL Malaysia musim ke 3.

Tumpuan seterusnya terarah kepada aksi pusingan playoff dengan SRG dan Team Vamos terus melayakkan diri ke posisi separuh akhir ‘Upper Bracket’ selaku dua pasukan terbaik liga.

Manakala baki empat pasukan lain, iaitu Todak akan berdepan MV dan Niners akan bertemu Red di peringkat ‘Play-Ins’ bagi menentukan kedudukan di ‘Upper Bracket’ atau ‘Lower Bracket’ di pusingan seterusnya.

Saingan playoff akan berlangsung di Kompleks Sukan EduCity di Iskandar Puteri, Johor bermula 31 Oktober dan aksi ‘Grand Final’ dijadualkan berlangsung pada 3 November nanti.

Yang pasti, dua pasukan yang mara ke grand final akan meraih tiket automatik ke Kejohanan Dunia MLBB M6 yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur bermula 21 November hingga 15 Disember.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini