comscore
Tumpuan :
Sukan

E-Sukan: Selangor Red Giants menang, HomeBois tampil semangat melawan

Selangor Red Giants.-Foto: MPL MY

PETALING JAYA: Juara bertahan, Selangor Red Giants (SRG) memulakan kempen musim ke 14 Liga Professional Mobile Legends Bang Bang, (MPL MY) dengan langkah kanan.

Aksi pembukaan musim ke 14 menentang naib juara, HomeBois, SRG dipaksa bekerja keras sebelum lega merakam kemenangan 2-1.

Mengekalkan barisan sama seperti musim lalu, SRG yang diwakili Muhd Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), John Vincent Banal (Innocent), Muhd Qayyum Ariffin Mohs Suhairi (Yums), Mark Genzon Sojero Rusiana (Kramm), dan Hazziq Danish Mohd Rizwan (Stormie), SRG bermula baik pada perlawanan pertama.

Penggunaan hero ‘Nolan’ oleh Sekys nyata membuahkan hasil apabila dia cemerlang mencetak 6 ‘kills’ selain Innocent yang mencatat 5 ‘kills’ menggunakan hero ‘Lunox’.

Sekys.-Foto: MPL MY

Dan selepas 15 minit, SRG gah menutup aksi dengan kemenangan pertama dalam perlawanan yang menggunakan format ‘best of 3’ ini.

Perlawanan kedua, kebangkitan cuba dilakukan HomeBois, dan segalanya berjalan seperti yang dirancang apabila strategi yang dipasang menjadi.

Dan kesilapan Sekys di hujung permainan dimanfaat HomeBois untuk menutup aksi, mengikat perlawanan dengan kedudukan 1-1.

Game penentuan, permainan pantas disajikan SRG yang mahu segera menutup perlawanan ini.

SRG.-Foto: MPL MY

Sekys, kali ini menggunakan hero ‘Fanny’ bermain lebih kemas dan ‘maniac’ yang didapatkannya membuka ruang cukup luas untuk pasukannya SRG menamatkan perlawanan.

Dengan ‘wipeout’ yang dilakukan, mudah untuk SRG memusnahkan kristal lawan, sekaligus mengesahkan kemenangan 2-1 pada aksi pembukaan MPL MY musim ke 14 ini.

“Pada perlawanan kedua, saya ambil ia sebagai kesalahan saya, kerana dari perspektif saya, ia memang kesilapan saya.

“Perlawanan pertama ini saya pemain terbaik sebab ini sekarang meta ‘Assassin’, kalau tidak selalunya Innocent yang akan menjadi pemain terbaik, jadi saya rasa memang kerana meta, untuk kejuaraan ‘back to back’, rasanya kami mampu melakukannya kerana kita sudah mendapat langkah kanan”, kata Seksys selepas perlawanan.

Perlawanan kedua esok, SRG dijadualkan menentang Team Rey, sementara HomeBois akan berdepan lawan sama minggu depan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini