Tumpuan :
Sukan

E-Sukan: Selangor Red Giants huni kedudukan teratas

PETALING JAYA: Selangor Red Giants (SRG) meneruskan rentak kemenangan pada minggu pertama Liga Professional Mobile Legends Bang Bang, MPL Malaysia musim ke 14 untuk menghuni kedudukan teratas carta liga.

Kemenangan 2-0 yang dilakar ke atas Team Ray hari ini menyaksikan SRG kini mengumpul 5 mata.

Perlawanan kedua menentang Team Ray hari ini, kejutan awal cuba dilakukan lawan apabila mendapatkan ‘first blood’ dengan menangkap Hazziq Danish Mohd Rizwan atau ‘Stormie’ yang menggunakan hero ‘Zhask’.

Namun, kebangkitan kembali dilakukan SRG terutamanya menerusi aksi cemerlang John Vincent Banal, atau ‘Innocent’ yang merakam ‘maniac’ dengan hero ‘Harith’.

Dan ia membuka ruang luas untuk SRG menutup aksi dengan kemenangan selepas bermain selama 13 minit.

Memasuki perlawanan kedua, permainan lebih kemas disajikan SRG terutamanya menerusi Stormie selain Mark Genzon Sojero Rusiana atau ‘Kramm’ dengan hero ‘Terizla’.

Walaupun ada cubaan Team Rey untuk melawan, percaturan SRG jelas lebih kemas dan pertarungan ditutup dalam tempoh 14 minit, mengesahkan kemenanagan 2-0 menjadi milik SRG.

“Secara jujurnya bagi saya, jika kita telah mencapai sesuatu, pastinya secqra semulajadi akan ada rasa tekanan seperti itu, jadi saya rasa saya perlu kekal tenang, terus bergaul rapat dengan rakan sepasukan dan tekanan itu akan hilang.

“Perlawanan hari pertama semalam saya sudah mengakui ia kesilapan saya, jadi kami hanya bangkit kembali”, kata ‘Sekys’ atau Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman selepas perlawanan.

Tamat minggu pertama saingan, SRG menghuni kedudukan teratas dengan 5 mata, Team Vamos di kedudukan kedua dengan 3 mata hasil kemenangan 2-0 ke atas RED Esports MY semalam, sementara JP NINERS, Monster Vicious dan Team HAQ masing-masing berkongsi kedudukan ketiga dengan 2 mata.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini