comscore
Tumpuan :
Sukan

E-Sukan: Selangor Red Giants buka gelanggang MPL MY musim 14

PETALING JAYA: Saingan Liga Professional Mobile Legends Bang Bang, MPL Malaysia akan membuka tirai saingannya esok dengan tumpuan pastinya terarah kepada kelibat juara bertahan, Selangor Red Giants (SRG).

SRG bakal turun dengan tugas getir apabila dijadualkan bertemu dengan naib juara, HomeBois yang bakal membariskan beberapa muka baharu.

Dibarisi Muhd Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), John Vincent Banal (Innocent), Muhd Qayyum Ariffin Mohs Suhairi (Yums), Mark Genzon Sojero Rusiana (Kramm), Hazziq Danish Mohd Rizwan (Stormie) dan Ilman Zareef Zulkifli (Gojes), SRG pastinya menjadi tumpuan utama musim ini selepas episod gemilang musim lalu selain turut bergelar juara Piala Pertengahan Musim (MSC) yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi Julai lalu.

Untuk saingan MPL Malaysia musim ini, 10 pasukan akan beraksi bermula esok sehingga 13 Oktober untuk ‘Regular Season’ dan 6 pasukan akan meneruskan cabaran di peringkat ‘Playoffs’ dengan dua tiket ke kejohanan dunia M6 turut menjadi taruhan selain hadiah keseluruhan berjumlah USD100,000.

Selain SRG dan HomeBois, tumpuan turut terarah kepada 8 lagi pasukan dengan Team Vamos antara yang menjadi perhatian, ditubuhkan oleh Mohd Fariz Zakaria ataupun lebih dikenali dengan panggilan ‘Soloz’.

Tidak ketinggalan, lima pasukan lain dari musim ke 13 iaitu TODAK, Team HAQ, RSG Malaysia, JP NINERS dan Monster Vicious.

Sementara RED Esports MY meraih tiket menerusi Liga Akademi MLBB (MAL) dengan Team Rey menjadi pelengkap 10 pasukan selepas memenangi saingan kelayakan.

45 perlawanan kesemuanya akan berlangsung dalam tempoh 6 minggu bagi saingan ‘Regular Season’ dengan tumpuan minggu pertama esok pastinya terarah kepad pertemuan SRG menentang HomeBois.

Saingan MPL Malaysia musim ke 14 menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD100,000 dan turut menawarkan dua tiket Kejohanan Dunia M6 yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur November nanti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini