Tumpuan :
Sukan

E-SUKAN – Dua Tiket Ke Kejohanan MLBB Dunia M4 Jadi Rebutan 8 Pasukan

KUALA LUMPUR – Dua tiket ke Kejohanan Mobile Legends Bang Bang, MLBB Dunia M4 menjadi rebutan lapan pasukan yang beraksi di peringkat ‘playoffs’ MPL Malaysia bermula hari ini.

Tiga perlawanan akan memulakan saingan hari ini dengan aksi awal menemukan empat pasukan yang bermain di ‘lower bracket’ dengan Team Lunatic akan bertemu juara MPL Malaysia musim ketujuh, RSG Malaysia.

Ia disusuli dengn satu lagi perlawanan di ‘lower bracket’ antara RED Esports berdepan juara MPL Malaysia musim kelapan Team SMG.

Namun, paling menjadi tumpua, aksi pertemuan juara edisi lalu, TODAK berdepan dengan pasukan Homebois di ‘upper bracket’ di sebelah petang.

Satu lagi perlawanan di ‘upper bracket’ antara Orange Esports dan Team HAQ dijadualkan berlangsung esok.

“Bagi Playoffs MPL Malaysia, ia pasti akan menjadi lebih sengit berbanding Regular Season kerana beberapa pasukan akan disingkirkan oleh pasukan-pasukan yang mempunyai prestasi yang lebih baik untuk mencapai ke puncak, anda akan lihat lebih banyak desakan dari segi persembahan pasukan diatas pentas, banyak persiapan yang dilakukan oleh pemain untuk mencapai kedudukan tertinggi MPL Malaysia.

“Sudah pastinya pasukan akan memastikan mereka berada dalam prestasi terbaik untuk Playoffs ini dan merebut 2 slot bagi mewakili negara ke M4 Januari nanti,” kata Fikri Rizal Mahruddin, Ketua Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan MPL Malaysia.

Peringkat ‘playoff’ MPL Malaysia akan berlangsung selama empat hari dengan kemuncaknya, perlawanan akhir dijadualkan pada 16 Oktober nanti.

Selain perlawanan akhir, tarikh berkenaan juga cukup istimewa buat MPL Malaysia yang bakal menerima anugerah ‘Malaysia Book Of Records’ sebagai liga e-sukan paling lama di Malaysia.

Kejohanan turut menawarkan hadiah keseluruhan USD100 ribu dengan sasaran utama sudah tentu untuk mendapatkan dua tiket ke M4 yang dijadualkan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 1 hingga 15 Januari tahun depan.

Loading...
Terkini