comscore
Tumpuan :
Sukan

Dugaan pertama Intan Serah di AS

FOTO: Instagram Intan Serah

KUALA LUMPUR: Pemain bola sepak wanita negara, Intan Serah Anisah Zulgafli sudah berdepan cabaran sebaik tiba di Amerika Syarikat (AS) bagi menyertai kelab New York Dutch Lions FC.

Ia susulan Intan menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan bahawa dia kehilangan telefom bimbit dalam pesawat ketika mendarat di negara itu.

Malah, dia juga tidak tidur selama 24 jam selepas menempuh perjalanan jauh itu kerana perlu menyesuaikan perbezaan waktu di AS dengan Malaysia.

“Mendarat saja telefon bimbit hilang, ‘then’ barai barai, itu saya ‘request’ nak berlatih dekat jurulatih. Sekurangnya saya dapat sesuaikan diri sebelum perlawanan esok.

“Saya cuba tahan mata sebab nak tidur waktu sini. Jadi saya barai sebarai barainya, 24 jam tak tidur. Cuma doakan saya jumpa telefon bimbit saya,” katanya.

Sebelum ini, penjaga gol wanita negara iaitu Nurul Azurin Mazlan bermain di Liga India bersama Misaka United FC serta Celine Chuang yang menyertai kelab gergasi Jerman, Bayern Munich pada 2021 lalu.

Menerusi Instagramnya juga, Intan mengakui masalah mendapatkan visa menyaksikan dia hanya sempat beraksi beberapa perlawanan sahaja bersama New York Dutch Lions FC selama 18 hari.

Katanya, sepatutnya dia bersama kelab itu selama 60 hari, namun terpaksa bersama skuad negara selama 20 hari di Sukan SEA Kemboja selain berdepan beberapa perkara untuk mendapatkan visa.”Hanya berbaki 18 hari dan beberapa perlawanan sahaja. Tetapi ia tetap satu rezeki yang tak akan datang lagi.

Saya harap ia akan menjadi perubahan buat bola sepak wanita di Malaysia dan memberi inspirasi kepada lebih ramai pemain muda,” katanya.

Loading...
Terkini