comscore
Tumpuan :
Sukan

Dua jaringan Fernandez bantu Selangor FC tewaskan Perak FC

Fernandez (kiri) ledak dua gol pastikan Selangor FC tewaskan Perak FC 2-1 dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ petang tadi. – Foto: Selangor FC/ Facebook

PETALING JAYA: Selangor FC mengalahkan Perak FC 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya petang tadi untuk melonjak ke tangga kedua Liga Super.

Kemenangan itu juga membolehkan Selangor FC mengumpul sembilan mata cuma ketinggalan tiga mata di belakang pendahulu liga Johor Darul Ta’azim.

Menjadi watak penting kejayaan Selangor FC petang tadi adalah penyerang import dari Chile Ronnie  Fernandez yang meletak dua gol.

Fernandez membuka jaringan pada minit ke-24 sebelum mencetak gol kedua peribadinya menerusi sepakan penalti lima minit sebelum babak pertama tamat.

Perak FC yang kembali bersaing selepas rehat berjaya merapatkan kedudukan hasil percubaan Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar pada minit ke-78.

Namun sudah terlewat untuk pulang sekurang-kurangnya dengan satu mata.

Ini kekalahan ketiga Perak FC daripada empat perlawanan untuk menghuni tangga ke-11 dengan tiga mata.

Perlawanan kelima, Perak FC akan menentang Penang FC di arena sendiri pada 13 Julai manakala Selangor FC membuat perhitungan ‘derby’ Lembah Klang berdepan Kuala Lumpur FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 14 Julai.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini