Tumpuan :
Sukan

Dua beregu campuran ke separuh akhir, Jun Hao kandas

Leong Jun Hao gagal ke separuh akhir selepas tewas kepada pemain China. FOTO: BAM / Facebook

PETALING JAYA –  Hasrat perseorangan lelaki Leong Jun Hao mengiringi dua beregu campuran ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Korea, tidak kesampaian apabila tewas pada suku akhir sebentar tadi.

Jun Hao yang baru mengecapi Kejohanan Masters Kuala Lumpur minggu lalu akur kepada pemain China, Lei Lan XI  14-21, 20-22 dalam masa 53 minit.

Terdahulu dua daripada tiga beregu campuran negara berjaya melepasi pusingan suku akhir.

Goh Soon Huat- Shevon Lai (5), mengejutkan pasangan tuan rumah yang juga pilihan ke-3,  Kim Won Ho-Jeong Na Eun, pada pertarungan sengit tiga set.

Beregu negara menang  16-20 22-20 22-20 dalam tempoh 1 jam dan 1 minit.

Separuh akhir esok Soon Huat dan Shevon berdepan satu lagi tugas sukar menentan pilihan ke-2 dari China, Jiang Zhen Bang – Wei Ya Xin.

Bagaimanapun peluang buat  Soon Huat – Shevon menebus kehampaan  rakan sepasukan Tan Kian Meng – Lai Pei Jing yang dikalahkan Zhen Bang – Ya Xin 19-21, 9-21 pada aksi suku akhir.

Satu lagi beregu negara yang meneruskan kemaraan ke separuh akhir esok, Chen Tang Jie -Toh Ee Wei, pilihan ke-4 yang mengalahkan gandingan bukan pilihan dari Taiwan, Chiu Hsiang Chieh – Lin Xiao Min 21-19 21-17.

Menanti mereka  esok juga lawan sukar, beregu tuan rumah Seo Seung Jae – Chae Yu Jung yang tampil selaku pilihan pertama kejohanan.

Dua lagi wakil negara akan beraksi pada suku akhir hari ini, iaitu perseorangan lelaki Soong Joo Ven dan beregu lelaki  Goh Sze Fei-Izzuddin Rumsani.

Loading...
Terkini