BARCELONA: Penganjur MotoGP, Dorna mengesahkan lokasi bagi perlumbaan akhir musim ini akan berlangsung di Barcelona pada minggu depan, menggantikan Valencia yang dilanda banjir.
“MotoGP kini boleh mengesahkan bahawa perlumbaan penutup tirai musim 2024 akan diadakan di Barcelona,” kata Dorna mengenai perlumbaan yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 November ini.
Kejuaraan musim ini akan ditentukan dalam perlumbaan terakhir, dengan pelumba Sepanyol, Jorge Martin mendahului dengan kelebihan 24 mata di hadapan juara bertahan, Francesco Bagnaia dari Itali.
Barcelona juga menjadi tuan rumah MotoGP Catalunya pada Mei lalu, di mana Bagnaia muncul sebagai pemenang, mengatasi Martin.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.