comscore
Tumpuan :
Sukan

Deus Vult sekat hajat awal HomeBois, Team SMG pulang dengan kemenangan

HomeBois

 

Oleh: Al Shaiful Nazib Talib

PETALING JAYA: Harapan pasukan HomeBois untuk mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati lebih awal pada Kejohanan Dunia MLBB M5 tidak menjadi kenyataan.

Ia selepas kejutan yang dilakukan pasukan dari Rusia, Deus Vult yang berjaya merakam kemenangan 2-1 ke atas HomeBois.

Chibii beraksi

HomeBois yang dibarisi Muhammad Irfan Aujang (Sepat), Muhammad Nazhan Mohd Nor (Chibii) Muhammad Zul Hisham Mohd Noor (Xorn), Rizky Agustian (Warlord) dan Wahyu Saputra (Raizel), terlepas peluang untuk mencatat kemenangan pada perlawanan pertama.

Walaupun Warlord dan Chibii bermain cukup baik, namun, aksi kemas Kemiran Kochkarov (SunsetLover) yang menggunakan hero ‘Faramis’ menyukarkan HomeBois untuk menyekat kemaraan Deus Vult sebelum permainan ditutup pada minit ke 31.

Tersentak dengan kekalahan itu, HomeBois bangkit memperkemaskan strategi, kali ini persembahan cemerlang dipamer Chibii dengan hero ‘Joy’ menerusi 11 ‘kills’ yang berjaya dicetak.

Lebih manis, kristal pasukan lawan akhirnya berjaya dimusnahkan selepas kedua-dua pasukan bertarung hampir 23 minit.

Peluang terbuka kini dimiliki kedua-dua pasukan memasuki aksi penentuan.

Deus Vult raikan kemenangan

Disebalik penguasaan yang cuba dipamerkan HomeBois, Deus Vult kembali bangkit sebelum akhirnya menutup aksi dengan keputusan 2-1, menamatkan perlawanan yang mengambil masa 23 minit itu.

Deus Vult ceria kembali membuka peluang untuk ke pusingan kalah mati, sementara HomeBois perlu menang perlawanan terakhir kumpulan esok menentang wakil Amerika Syarikat, The Ohio Brothers.

Team SMG sedang beraksi

Dalam pada itu, satu lagi wakil negara, Team SMG tidak pulang dengan tangan kosong apabila berjaya memenangi perlawanan terakhir kumpulan,mengatasi wakil Brazil, RRQ Akira menerusi kemenangan 2-1.

Bagaimanapun, cabaran sengit diterima Team SMG sejak dari perlawanan pertama, terpaksa bermain sehingga 29 minit sebelum berjaya mendapatkan kemenangan pertama.

‘Game’ kedua, giliran RRQ Akira membuat kebangkitan, menutup aksi hanya dalam tempoh 12 minit untuk mengheret permainan ke perlawanan penentuan.

Team SMG akhiri kempen dengan satu kemenangan

Team SMG tidak mahu kecewa lagi, pertarungan sengit yang berlaku antara kedua-dua pasukan menyaksikan Team SMG akhirnya muncul sebagai pemenang selepas menutup aksi ‘game’ ketiga dengan satu lagi kemenangan untuk keputusan penuh 2-1.

Loading...
Terkini