comscore
Tumpuan :
Sukan

Denmark cemas sebelum kalahkan Malaysia 

Justin beri tentangan sengit sebelum tewas kepada Rasmus Gemke 13-21, 21-19, 13-21. FOTO: BAM

PETALING JAYA: Denmark muncul juara Kumpulan D saingan Piala Thomas selepas menewaskan Malaysia 3-2 di Chengdu, China sebentar tadi.

Apa yang pasti jaguh Eropah itu nyata cemas dengan tentangan sengit pemain kebangsaan, terutama pada perlawanan  penentu mata kemenangan, pertemuan perseorangan ketiga yang mendudukki ranking ke-233 dunia, Justin Hoh menentang

Menang 21-13 pada set pertama, Gemke yang berada di kedudukan ke-26 dunia dikejutkan dengan kebangkitan Justin memaksa dia mengalah 19-21.

Pada set penentuan Gemke lebih berhati-hati dan tidak memberi ruang lagi buat Justin untuk menang 21-13 dalam masa 76 minit, sekaligus mengesahkan Denmark selaku juara Kumpulan D.

Denmark mendahului Malaysia 1-0 menerusi kemenangan Viktor Axelsen ke atas Lee Zii Jia 21-16, 24-22.

Sebagaimana yang diperkatakan sebelum perlawanan kekuatan Malaysia memang ditunjangi pemain beregu.

Ini dibuktikan apabila Aaron Chia- Soh Wooi dan Goh Sze Fei -Nur Izzuddin Rumsani meraih mata penyamaan skuad kebangsaan.

Sze Fei-Nur Izzuddin menyamakan kedudukan 2-2 mengalahkan Rasmus Kjaer – Frederik Sogaard 23-21, 22-20. FOTO: BAM

Aaron-Wooi Yik menewaskan Kim Astrup- Anders Rasmussen 17-21, 21-17, 21-16 untuk mengikat kedudukan 1-1.

Manakala Sze Fei-Izzuddin menyamakan kedudukan 2-2 mengalahkan Rasmus Kjaer – Frederik Sogaard 23-21, 22-20 selepas Leong Jun Hao tunduk kepada Anders Antonsen 14-21, 10-21.

Undian suku akhir Piala Thomas berlangsung esok selepas berakhir saingan Kumpulan B dan C.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini