Tumpuan :
Sukan

Olimpik Paris: Datuk Azizul, Shah Firdaus layak ke pusingan pertama acara pecut

PARIS: Dua pelumba basikal trek negara melepasi ujian awal dalam acara pecut, dengan berjaya meneruskan kemaraan ke fasa berikutnya.

Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang berada di giliran ke-19 peserta, mencatat 9.402 saat (s) sekali gus meletakkannya di posisi ke-10.

Rakan sepasukan, Mohd Shah Firdaus Sahrom yang terlebih dahulu turun selaku pelumba ke-15 membuat kayuhan pula, merakam kepantasan 9.635s di tangga ke-22.

Daripada 30 peserta yang mengambil bahagian, hanya 24 pelumba sahaja menempah slot pertembungan pusingan pertama yang menyaksikan mereka bertarung satu lawan satu di perlumbaan penyingkiran.

Juara dunia pecut 10 kali, Harrie Lavreysen mengungguli saingan dengan menduduki tempat selain mencatat rekod dunia menerusi 9.088s.

Mereka dijadual turun menyambung perlumbaan seterusnya jam 8.30 malam ini di Velodrome De Saint-Quentin-En-Yvelines, Paris.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini