comscore
Tumpuan :
Sukan

Copa America: Ecuador kembali ‘bernafas’ buru tempat ke suku akhir

Kendry Paez meraikan jaringannya bersama rakan selepas menghasilkan gol kedua membantu Ecuador menewaskan Jamaica 3-1, sebentar tadi. – FOTO: Reuters

LAS VEGAS: Ecuador kembali menghidupkan peluang untuk melangkah ke pusingan kalah mati Copa America selepas menewaskan Jamaica 3-1 dalam aksi Kumpulan B di sini, sebentar tadi.

Skuad bimbingan Felix Sanchez yang tewas di tangan Venezuela dalam aksi pembukaan kejohanan mempamerkan semangat juang tinggi untuk mengutip tiga mata berharga di Stadium Allegiant.

Ecuador mendahului 2-0 hasil gol sendiri Kasey Palmer dan jaringan bintang muda Chelsea, Kendry Paez yang menyudahkan sepakan penalti pada separuh masa pertama.

Jamaica cuba mencetuskan kebangkitan menerusi jaringan penyerang veteran, Michail Antonio pada awal babak kedua namun semangat mereka direntap apabila dinafikan sepakan penalti 15 minit sebelum tamat masa sebenar perlawanan.

Ecuador sebaliknya berjaya meledak gol ketiga pada minit akhir permainan menerusi jaringan Alan Minda.

Kekalahan itu menyaksikan Jamaica menghuni tangga tercorot  tanpa sebarang mata selepas tewas kedua-dua perlawanan awal.

Jamaica kemungkinan tersingkir daripada kejohanan bergantung kepada keputusan perlawanan membabitkan pertemuan antara Venezuela menentang Mexico, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini