EAST RUTHERFORD: Bintang Argentina Lionel Messi tidak keberatan untuk berada di bangku simpanan apabila pasukannya bertemu Peru pada aksi Kumpulan A, Copa America Ahad ini.
Messi yang berusia 37 tahun minggu ini mengalami kekejangan otot dan memerlukan rawatan di bahagian pahanya ketika Argentina melakar kemenangan 1-0 ke atas, awal pagi semalam.
“Ia agak mengganggu saya, tetapi saya dapat bertahan sehingga tamat perlawanan. Saya harap ia tidak serius.“Saya tidak dapat bergerak dengan baik kerana masalah ini,” kata Messi sambil mengakui ia mungkin keputusan tepat sekiranya dia tidak bermain dalam perlawanan menentang aksi ketiga kumpulan menentang Peru.
“Kita lihat dalam tempoh beberapa hari akan datang, bagaimana proses pemulihan saya.
“Kami sudah pun melayakkan diri ke pusingan kalah mati dan berasa tenang. Masih ada banyak lagi perlawanan yang perlu diharungi,” kata Messi yang mendedahkan dia turut mengalami sakit tekak dan demam sebelum perlawanan dengan Chile.
Kemenangan 2-0 ke atas Kanada dan Chile (1-0), menyaksikan Argentina yang juga juara dunia dilihat selesa dalam pusingan awal Copa America biarpun tidak berada pada tahap terbaik mereka.
Mereka mendahului Kumpulan A dengan enam mata, di depan Kanada dengan yang mengutip tiga mata selepas mengatasi Peru.
Argentina lega apabila berjaya memulakan kempen Cope America dengan kemenangan selepas dikejutkan dengan kekalahan 1-2 di tangan Arab Saudi ketika Piala Dunia di Qatar, dua tahun lalu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.