Tumpuan :
Sukan

Cools, Shahrul Tak Sertai Latihan Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Dua pemain pertahanan, Dion Cools dan Shahrul Saad tidak menyertai latihan pertama Harimau Malaya di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon menjelaskan Cools hanya akan menyertai pasukan di Thailand nanti.

Shahrul pula sudah melaporkan diri bersama pasukan, namun tidak menyertai latihan selepas bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu difahamkan kurang sihat.

“Kami akan membawa semua 25 pemain ke Thailand dan berharap mereka dapat memberikan aksi terbaik,” kata Pan Gon ketika ditemui pada sesi latihan, hari ini.

Ketiadaan Cools dan Shahrul menyaksikan 23 daripada 25 pemain yang dipanggil pengendali dari Korea Selatan itu menyertai latihan bermula hari ini hingga Isnin ini.

Kem latihan pusat kali ini sebagai persiapan untuk menghadapi kejohanan Piala Raja Thai di Chiang Mai, Thailand bermula 22 September ini.

Harimau Malaya akan berdepan tuan rumah, Thailand pada 22 September ini dan satu lagi aksi menemukan Trinidad & Tobago dan Tajikistan.

Pasukan yang kalah perlawanan itu akan beraksi perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, manakala dua pasukan yang menang perlawanan pertama akan bertemu di final dengan kedua-duanya berlangsung pada 25 September.-BERITA HARIAN

Loading...
Terkini