Tumpuan :
Sukan

Cklamovski serikan wajah baharu Harimau Malaya

Foto: FAM/ Facebook

Oleh: Saiyed Ismail Saiyed Hussin

PETALING JAYA: Harimau Malaya kini berwajah baharu menerusi ikatan perjanjian jenama pengeluar barangan sukan Puma dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Majlis turut dihadiri Peter Cklamovski yang tiba ke tanah air semalam dari Australia untuk memulakan tugas melatih skuad negara.

Warna kuning tradisi Harimau Malaya terus menjadi pilihan sebagai teras jersi utama, manakala serba hitam pula menjadi jersi kedua selain pengenalan kit latihan pasukan.

Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman memeterai penajaan selama empat tahun dengan Puma yang diwakili Steven Tan selaku Pengurus Negara, disaksikan Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin dan Pengarah Urusan Puma Asia Tenggara Sanjay Roy.

Set pakaian baharu ini akan mula digunakan pada Mac nanti semasa Pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal bagi saingan kumpulan F.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini