Tumpuan :
Sukan

Cifu, Ramon bakal beraksi menentang Kuching City FC petang esok – Kim Swee

Oleh: Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Dua pemain import baharu Miguel Angel Garrido Cifuentes dan Ramon Machado de Macedo bakal diturunkan dalam perlawanan Liga Super menentang Kuching City FC di Stadium Likas petang esok.

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, bagaimanapun kedua-dua mereka yang berasal dari Sepanyol dan Brazil itu masih tertakluk kepada kelulusan ITC.

Miguel Angel Garrido Cifuentes

Katanya kehadiran mereka sudah tentu akan dapat membantu Sabah FC mencapai kemenangan ketika beraksi di laman sendiri.

“Pada masa sama kita perlu berikan sedikit masa kepada Cifu dan Ramon untuk mendapatkan persefahaman secukupnya sebelum terus beraksi bersama Sabah FC.

“Pemain-pemain lain sudah bermain bersama-sama pasukan sebelum Liga Malaysia 2023 bermula dan sudah pasti dengan kemasukan Cifu dan Ramon mengambil sedikit masa untuk memahami corak taktikal Sabah FC.

“Bagus untuk kita memikirkan tentang satu perlawanan ke satu perlawanan… Saya tidak ingin mengatakan apa yang perlu kita lakukan pada dua perlawanan jika perlawanan pertama kita gagal untuk mendapatkan objektifnya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ramon Machado de Macedo

Kim Swee berkata, apa yang Sabah FC inginkan adalah untuk mendapatkan keputusan yang positif terutama menentang pasukan Kuching City FC petang esok.

“Kita yakin Sabah FC kini berada dilandasan betul untuk mengharungi baki persaingan liga sekali gus mencapai keputusan positif pada setiap perlawanan,” katanya.

Loading...
Terkini