KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Wong Choong Hann dilantik sebagai jurulatih perseorangan lelaki Hong Kong.
Pelantikan itu sekaligus menyaksikan Choong Hann akan mengisi kekosongan Wong Tat Meng yang meninggalkan skuad kebangsaan negara itu untuk membimbing pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia.
“Jurulatih perseorangan lelaki dengan dua tahun kontrak,” kata Choong Hann.
Choong Hann dijadual melaporkan diri Jumaat ini dengan tugasnya adalah untuk mempersiapkan skuad perseorangan lelaki Hong Kong yang diketuai Ng Ka Long bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Tindakan Hong Kong mengambil jurulatih dari Malaysia itu dipercayai mahu meneruskan kesinambungan program yang diatur Tat Meng.