comscore
Tumpuan :
Sukan

Chenchen, Congcong dan Lianlian ‘mula sibuk’ terima tetamu dan atlet

Hangzhou: Maskot Chenchen, Congcong dan Lianlian ceria dan kini sangat ‘sibuk’ menerima tetamu dan atlet Sukan Asia ke-19 yang akan dirasmikan pada Sabtu.

Tugas ketiga-tiga maskot ini sebelum ini tergendala selepas temasya yang dijadual 10 hingga 25 September 2022 ditangguh selama setahun kerana gelombang COVID-19.

Ketiga-tiga maskot itu mula diperkenalkan pada 3 April 2020 dan setiap satu watak itu mempunyai ceritanya tersendiri antaranya Chenchen (biru) mewakili Terusan Besar Beijing-Hangzhou, sebagai simbolik robot itu mempunyai Jambatan Gongchen di dahinya.

Chenchen melambangkan keberanian, bijak, optimistik dan berdaya usaha.

Bagi Congcong (kuning) pula namanya merupakan inspirasi dari loket jed Cong yang sinonim dengan budaya Liangzhu.

Robot Congcong itu juga mewakili tapak Arkeologi Bandar Liangzhu yang disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

Congcong digambarkan bersifat tekad, ikhlas, baik hati, atletik dan bersemangat.

Robot Lianlian (hijau) mewakili Tasik Barat, satu lagi tapak Warisan Dunia dan warnanya pula adalah warna kehidupan dan alam semula jadi.

Sifat Lianlian digambarkan sebagai tulen, baik, meriah, comel, elegan dan peramah.

Ketiga-tiga maskot ini nyata teruja kerana Temasya Sukan Asia kali ini adalah terbesar dalam sejarah kerana menampilkan kira-kira 12,000 atlet lebih ramai berbanding Olimpik.

Untuk edisi kali ini Malaysia sasar 27 pingat menerusi 13 jenis sukan.

Loading...
Terkini