comscore
Tumpuan :
Sukan

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kandas di separuh akhir

Gandingan beregu badminton campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei

SINGAPURA: Kurang pengalaman antara punca beregu badminton campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kandas di peringkat separuh akhir Terbuka Singapura sebentar tadi.

Tan Jie-Ee Wei tewas kepada beregu campuran ranking ketiga dunia, Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun 17-21, 22-24.

Perlawanan akhir, Watanabe-Higashino akan bertemu beregu Denmark, Matthias Christiansen-Alexandra Boje yang menundukkan Kim Won Ho-Jeong Na Eun dari Korea Selatan 21-19, 21-9.

Satu lagi wakil negara di peringkat separuh akhir; beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut gagal ke perlawanan akhir.

Mereka tewas kepada beregu China, Wang Chang-Liang Weikeng 21-16, 15-21, 17-21.

Ini bermakna tiada wakil Malaysia layak beraksi pada perlawanan akhir esok. – BERNAMA.

Loading...
Terkini