LONDON: Chelsea dipaksa bekerja keras sehingga ke minit-minit akhir permainan sebelum menundukkan Leicester City 4-2 untuk mara ke separuh akhir Piala FA Inggeris, sebentar tadi.
Beraksi di hadapan penyokong sendiri, Chelsea tampil garang pada babak pertama apabila mendahului seawal minit ke-13 menerusi Marc Cucurella dan gol masa kecederaan Cole Palmer.
Selepas rehat gol sendiri pemain pertahanan Chelsea, Axel Disasi pada minit ke-51 nyata mengubah situasi perlawanan menyaksikan Leicester menyamakan kedudukan 2-2 hasil percubaan Stephy Malvididi pada minit ke-62.
Namun kebangkitan Leicester terhalang apabila pemainnya Callum Doyle dibuang padang sebelas minit berselang.
Kesempatan yang tidak dipersia-siakan Chelsea apabila kembali mendahului 3-2 menerusi pemain gantian Carney Chukwuemeka pada minit ke-92.
Tuan rumah terus menghukum Leicester menerusi gol keempat hasil jaringan seorang lagi pemain gantian Noni Madueke enam minit kemudian untuk mara ke separuh akhir mengiringi Manchester City dan Coventry City.
Satu lagi pertemuan suku akhir sedang berlangsung, Manchester United menentang LIverpool di Old Trafford.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.