Tumpuan :
Sukan

Chelsea raih kelebihan ke atas Copenhagen

FOTO: Reuters

PARIS: Chelsea sebelah kaki ke suku akhir Liga Konferensi UEFA apabila berjaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Copenhagen di tempat lawan.

Jaringan pembukaan Chelsea terhasil menerusi ketua pasukan, Reece James seminit selepas separuh masa kedua bersambung apabila memanfaatkan hantaran jauh Marc Cucurella.

Pemain gantian, Enzo Fernandez kemudian menggandakan kedudukan buat The Blues selepas pemain remaja, Tyrique George berjaya mengawal bola dengan baik pada minit ke-65.

Chelsea kelihatan selesa dengan kelebihan dua gol sehinggalah 11 minit sebelum perlawanan tamat, Gabriel Pereira yang tidak dikawal dalam kotak penalti menanduk masuk hasil sepakan penjuru.

Selepas ini, giliran Chelsea melayan kunjungan Copenhagen di Stamford Bridge, awal pagi Jumaat depan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini