comscore
Tumpuan :
Sukan

Chelsea kekal di tangga ketiga EPL

FOTO: REUTERS

LEICESTER: Chelsea kekal di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Leicester City 2-1 di Stadium King Power.

The Blues terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Nicolas Jackson pada minit ke-15 sebelum Enzo Fernandez menanduk masuk gol kedua, minit ke-75.

Gol saguhati tuan rumah dijaringkan oleh Jordan Ayew yang menyempurnakan sepakan penalti pada penghujung permainan.

Selepas mengharungi 12 perlawanan, Chelsea berada di tangga ketiga dengan 22 mata manakala Leicester menghuni tangga ke-17 dengan 10 mata.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini