comscore
Tumpuan :
Sukan

Chelsea ikat Dewsbury-Hall dari Leicester

CAPTION: Kiernan Dewsbury-Hall tiba di Chelsea selepas 17 tahun bersama Leicester City. – Foto chelseafc.com

 

LONDON: Chelsea mendapatkan khidmat pemain tengah Kiernan Dewsbury-Hall dari Leicester City dengan kontrak lima tahun, umum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu malam ini.

Butiran perpindahan pemain berusia 25 tahun itu tidak didedahkan, namun media Britain melaporkan yuran perpindahan kira-kira £30 juta (RM179.5 juta).

Dia akan bersatu kembali dengan pengurus Enzo Maresca, yang menyertai Chelsea bulan lalu selepas mengemudi Leicester memenangi Liga Kejuaraan musim lalu.

“Mengagumkan untuk duduk di sini sebagai pemain Chelsea,” kata Dewsbury-Hall.

“Ini adalah kelab yang mana orang menyaksikannya ketika membesar dan berharap satu hari nanti bermain dengannya, jadi ia satu keistimewaan untuk berada di sini.”

Dewsbury-Hall menyumbat 12 gol dan menyumbang 12 umpanan gol dalam 44 perlawanan liga musim ini, sekali gus menyaksikannya dinobat pemain terbaik tahunan Leicester.

Chelsea berakhir di tangga keenam EPL musim lalu. – REUTERS

Loading...
Terkini