KUCHING: Atlet Wilayah Persekutuan Cheah Wei Jun mengungguli acara padang olahraga iaitu rejam lembing lelaki akhir di temasya SUKMA Sarawak 2024 yang berlangsung di Stadium Sarawak, pagi tadi.
Anak kelahiran Kuala Lumpur ini membuat balingan terbaik 56.53 meter untuk mengatasi 9 pencabar lain bagi merangkul pingat emas.
Catatan itu juga turut perbaiki rekod peribadinya sebelum ini iaitu 55.15 meter.
Pingat perak acara ini dimenangi Jing Yi Tan dari Selangor yang membuat 54.03 meter sementara Noor Iman Norman dari Johor raih gangsa dengan rekod 53.36 meter.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.