comscore
Tumpuan :
Sukan

Cabaran beregu lelaki berakhir di Masters China

 

PETALING JAYA: Cabaran beregu negara pada Kejohanan Badminton Masters China di Shenzen sekadar bertahan di pusingan kedua apabila kedua-dua pasangan negara tumpas sebentar tadi.

Status Aaron Chia – Soh Wooi Yik selaku pilihan ketiga belum cukup menggentarkan pasangan tuan rumah He Ji Ting – Ren Xiang Yu.

Mereka ditunjuk  jalan keluar apabila tewas  menerusi pertarungan yang berlarutan 1 jam 15 minit,  dengan keputusan   25-27, 21-18,17-21

Sejurus kemudian di gelanggang sama giliran Man Wei Chong – Tee Kai Wun pula  tersingkir.

Aaron – Wooi Yik (atas) dan Wei Chong-Kai Wun terkandas pada pusingan kedua Masters China. FOTO: BAM

Hasrat Wei Chong – Kai Wun untuk meneruskan kemaraan turut disekat  beregu tuan rumah, juga pilihan ke-8 Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi.

Perlawanan berlangsung sengit menyaksikan pasangan China menang  17-21 21-11 21-13 dalam masa 53 minit.

Sedang berlangsung, perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei menentang juga pemain tuan rumah, Chen Yu Fei pada satu lagi aksi pusingan kedua.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini