Tumpuan :
Sukan

BWF gantung Liew Daren, Jerry Gan kerana pertaruhan, atur perlawanan

Liew Daren dan Jeremy Gan (gambar kecil).

KUALA LUMPUR: Persekutuan Badminton Dunia (BWF) membuat keputusan menggantung bekas pemain negara, Liew Daren dan bekas penganalisis prestasi Institut Sukan Negara (ISN), Jerry Gan kerana pertaruhan dan mengatur perlawanan.

Dalam satu kenyataan hari ini, BWF berkata Daren didapati bersalah kerana terbabit dengan aktiviti pertaruhan pada 2018 dan menghalang siasatan dengan menahan maklumat mengenai perlawanan badminton bermula pada 2021.

Panel Perdengaran Bebas (IHP) membuat keputusan berkenaan pada 15 November lalu.

Dalam pada itu, Jerry mengakui bertaruh dan gagal melaporkan pembabitan Daren dalam aktiviti berkenaan.

Bukti juga mendedahkan beberapa tahun pembabitan dalam aktiviti haram ini daripada rekod telefon, dokumen kewangan dan perbualan.

“Oleh itu, BWF mencadangkan penggantungan 12 bulan untuk Daren dan penggantungan tiga bulan untuk Jerry,” kata kenyataan itu. —BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini